Wednesday, April 22, 2009

Kolam Ternakan Ke-2 dan Pengumpulan


Kolam ternakan ke-2 yang juga bertindak sebagai pusat pengumpulan JAZ Agros Farm berada di mukim Sg. Buaya mempunyai prasarana yang boleh memuatkan maksimum 200 000 ekor pada satu-satu masa. Pusat pengumpulan ini menjadi titik kepada pengembangan aktiviti syarikat. Sejajar dengan misi syarikat untuk menjadi peneraju dalam bidang penternakan ikan air tawar.




Hasil usaha gigih yang berterusan pusat pengumpulan ini telah mula beroperasi pada awal April 2009 dengan kemasukan pertama sebanyak 120 000 ekor benih ikan keli. Pusat ini juga bertindak membantu pusat ternakan di batu 16 sekiranya terdapat permintaan secara mengejut. Bertindak sebagai serampang dua mata bagi syarikat, sekiranya permintaan meningkat secara mendadak, kolam simpanan air akan dijadikan kolam penternakan ke-2 bagi memenuhi pasaran.

Kolam Ternakan Di Batu 16 Rawang











Kolam ternakan in terletak di Kampung Melayu Bt 16 Rawang berkapasiti untuk menternak maksimum 60 000 ekor ikan keli setiap pusingan. Angaran purata hasil keluaran 10 tan ikan keli pada setiap pusingan. Keluasan tapak adalah 40' x 40' mempunyai 7 buah kolam konkrit, dan 12 kolam kanvas.






Dengan kecairan tunai yang terhad, syarikat sentiasa mencari idea untuk megurangkan kos penternakan dengan tidak mengetepikan aspek kualiti ikan yang diternak. Syarikat juga giat membaik pulih struktur fasiliti supaya dapat memaksimumkan penggunaan ruang yang agak terhad. Segala prospek-prospek atau sebarang peluang untuk bekerjasama dengan entiti swasta atau kerajaan sentiasa di nilai untuk mencari peluang baru.