Monday, May 25, 2009

Golongan Kurang Ajar...

Mereka memperlekehkan sensitiviti orang Islam, mengkhianati undang-undang negara, bahkan tanpa segan silu meneruskan aktiviti mereka yang terang-terangan dimarahi umat Islam di negara kita. Siapakah mereka ?? Apa yang telah meraka lakukan ??

Mereka adalah penternak kurang ajar yang tersiar di surat khabar KOSMO pada 18 Mei baru-baru ini. Mereka tanpa segan silu telah menternak ikan keli secara besar-besaran di dalam kolam kumbahan najis babi di Ipoh seperti yang dilaporkan baru-baru ini. Walaupun telah menyedari perbuatan mereka di ketahui oleh penduduk setempat, namun masih tetap menjalankan operasi mereka seperti biasa. Seolah-olah tiada apa yang salah pada mereka. Mengikut laporan KOSMO, mereka menjadikan ikan keli sebagai agen pembersih sisa najis babi peliharaan mereka ini. Ini bermakna, sumber makanan ikan keli yang utama adalah najis babi dan sisa-sisa dari babi. Pernah suatu ketika dulu, ada kes DNA babi disuntik kedalam ikan keli untuk mempercepatkan proses pembesaran ikan. Menurut kajian, DNA babi ini hanya akan hilang dalam tempoh 7 keturunan ikan tersebut. Hasilnya ikan keli yang asal nya halal dimakan menjadi haram kerana DNA babi pada daging nya.

Umum tahu ada dua binatang yang di haramkan oleh Islam kepada umatnya daripada menyentuh binatang itu, apatah lagi memakannya. Binatang tersebut ialah babi dan anjing (sekiranya bersentuhan ketika keduanya kering maka tidak perlu di samak). Seluruh rakyat malaysia tahu tentang perkara ini. Tetapi bagi golongan kurang ajar ini, mereka lebih mementingkan duit.

Mereka mungkin tiada kesedaran tentang halal haram kepada umat Islam, oleh itu kesucian terhadap rezeki kita telah di nodai golongan Laknatullah ini. Malang nya, umat Islam di negara kita seolah-olah takut untuk bersuara, semua nya senyap seribu bahasa. Dimana sensitiviti kita sebagai umat Islam, menurut alim ulama, sekiranya kita tidak ada perasaan marah dalam diri kita apabila agama kita diperlekehkan, itu menunjukkan yang lemahnya iman dalam diri kita.

Marilah kita bersatu dan bersuara, ajar golongan yang kurang ajar ini, boikot semua produk makanan buatan bukan Islam. Biar mereka tahu kita mahukan kesucian dalam setiap makanan kita. Kepada kerajaan, pihak PBT, pihak berkuasa yang berkaitan, setelah anda di beri amanah oleh rakyat maka jalankan lah amanah itu dengan sebaiknya. Mereka sangat degil kerana ini bukan kes pertama dari kafir laknat ini. Jadi untuk mengajar mereka, tarik lesen perniagaan mereka, penjarakan mereka, senrai hitamkan nama mereka sebagai pencabul kesucian Islam. Jangan bagi mereka terlibat lagi dengan perusahaan bidang makanan. Biar mereka tahu yang perkara ini bukan sembarangan. Bagi umat Islam, mencari yang halal itu adalah wajib. Bahkan jika kita merasa sedikit ragu pun hukumnya telah jatuh haram. Maka apa yang kita boleh buat ?? Mungkin perkara di bawah boleh dipertimbangkan :-

1) Jangan beli apa produk makanan atau hasil pertanian dari yang bukan Islam. Kerana diragui kesucian makanan itu.

Halal adalah berbeza dengan suci, Halalnya sesuatu makanan itu sekadar memberi tahu kita jika kita memakannya, maka kita tidak berdosa. tetapi adakah itu cukup. Sama sekali halalnya sesuatu makanan itu tidak cukup kerana itu adalah syarat yang paling asas dalam Islam. Kita mestilah memastikan makanan yang halal itu adalah suci. Justeru bagaimana kita mengetahui suci ?? Kesucian makanan itu bergantung pada siapa yang menyediakan makanan itu, bagaimana ia dikendalikan, tahap kebersihan tempat makanan itu disimpan.

Cuba kita fikir, seorang bukan Islam menjual ikan atau ayam. Kita tahu ayam atau ikan yang di jual adalah dari sumber yang halal (disembelih mengikut syarak). Lalu dia menyediakan ayam atau ikan itu kepada kita menggunakan tangannya tanpa melapik. Jika dirumah si penjual ini memegang anjing atau babi, dan di kedai mereka menyentuh makanan untuk kita...adakah ini masih dianggap suci oleh kita ?? sanggupkah kita menggunakan makanan yang terkena bekas babi atau anjing. Fikirkanlah saudara ku semua....tanya diri kita..sucikah makanan yang kita makan sebelum ini...jangan kita hanya tahu halal sahaja...suci atau tidak haruslah kita jaga..supaya iman kita tidak terkikis gara-gara rezeki yang syubhah...


Sekali lagi, jika kita sayangkan Islam, jagalah kesuciannya. Perkara paling asas, adalah makanan...namun itulah antara yang terpenting kerana akan menjadi darah daging kita. Makanan yg suci..lahirlah aklak yang murni...pekerti yang mulia...zuriat yang soleh...maka terbentuklah bangsa yang bertamadun, umat yang terbilang. Jika perkara yang paling asas seprti makanan di pandang enteng, bagaimana kita mahu menjadi umat yang terbilang.

Hadis nabi bermaksud : Kelak akan dibakar didalam api neraka (nauzubillah himin zalik) bahagian tubuh manusia yang terbentuk dari rezeki yang haram.

Jelas pada kita sekiranya darah daging kita adalah hasil dari rezeki yang haram, maka bahagian tubuh itu akan dibakar di dalam neraka. Menunjukkan perkara halal haram ini merupakan perkara penting dalam Islam.

0 Comments: