Sejak kebelakangan ini kebanyakan pengusaha ikan keli menutup operasi mereka lantaran tidak mahu menanggung kerugian. Apakah faktor yang menyebabkan kerugian mereka? Berdasarkan pengalaman kami sebagai pengusaha ikan keli, ramai penternak tidak mempunyai pelan pemasaran yang kondusif dan perancangan ekonomi yang lemah menyebabkan mereka mengalami kerugian.
Sebagai penternak ikan keli, mereka sebenarnya adalah usahawan sama seperti syarikat gergasi lain. Satu-satunya perbezaan adalah dari segi modal permulaan samada kecil atau besar.
Penternak hendaklah mempunyai pelan pemasaran jangka masa panjang supaya apa yang diusahakan mampu bertahan lama dan bukan shaja mampu membawa pulangan modal malah memberi keuntungan yang lumayan. Pada dasar nay ikan keli mempunyai saiz pasaran yang sangat besar dalam negara kita. Tetapi jika tidak mempunyai pelan pasaran yang efektif, ikan ini langsung tidak akn dapat dijual.
Inilah yang kerap berlaku pada kebanyakan penternak dinegara kita sekarang. Kebelakangan ini ramai penternak ikan keli muncul seperti cendawan selepas hujan. Ramai yang mudah membuat keputusan untuk melabur dalam bidang ini tanpa mempunyai pelan jangka masa panjang terlebih dahulu. Lalu ramai yang tersungkur dipertengahan jalan.
Untuk berjaya dalam perniagaan, mestilah mempunyai pelan pemasaran yang bijak, modal pusingan yang cukup, serta pengurusan operasi yang cekap dan efektif supaya semua objektif yang dirangka dalam pelan tercapai.
Tuesday, October 20, 2009
Dilema Pengusaha ikan keli
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment