Sejak kebelakangan ini kebanyakan pengusaha ikan keli menutup operasi mereka lantaran tidak mahu menanggung kerugian. Apakah faktor yang menyebabkan kerugian mereka? Berdasarkan pengalaman kami sebagai pengusaha ikan keli, ramai penternak tidak mempunyai pelan pemasaran yang kondusif dan perancangan ekonomi yang lemah menyebabkan mereka mengalami kerugian.
Sebagai penternak ikan keli, mereka sebenarnya adalah usahawan sama seperti syarikat gergasi lain. Satu-satunya perbezaan adalah dari segi modal permulaan samada kecil atau besar.
Penternak hendaklah mempunyai pelan pemasaran jangka masa panjang supaya apa yang diusahakan mampu bertahan lama dan bukan shaja mampu membawa pulangan modal malah memberi keuntungan yang lumayan. Pada dasar nay ikan keli mempunyai saiz pasaran yang sangat besar dalam negara kita. Tetapi jika tidak mempunyai pelan pasaran yang efektif, ikan ini langsung tidak akn dapat dijual.
Inilah yang kerap berlaku pada kebanyakan penternak dinegara kita sekarang. Kebelakangan ini ramai penternak ikan keli muncul seperti cendawan selepas hujan. Ramai yang mudah membuat keputusan untuk melabur dalam bidang ini tanpa mempunyai pelan jangka masa panjang terlebih dahulu. Lalu ramai yang tersungkur dipertengahan jalan.
Untuk berjaya dalam perniagaan, mestilah mempunyai pelan pemasaran yang bijak, modal pusingan yang cukup, serta pengurusan operasi yang cekap dan efektif supaya semua objektif yang dirangka dalam pelan tercapai.
Tuesday, October 20, 2009
Dilema Pengusaha ikan keli
Monday, May 25, 2009
Golongan Kurang Ajar...
Mereka memperlekehkan sensitiviti orang Islam, mengkhianati undang-undang negara, bahkan tanpa segan silu meneruskan aktiviti mereka yang terang-terangan dimarahi umat Islam di negara kita. Siapakah mereka ?? Apa yang telah meraka lakukan ??
Mereka adalah penternak kurang ajar yang tersiar di surat khabar KOSMO pada 18 Mei baru-baru ini. Mereka tanpa segan silu telah menternak ikan keli secara besar-besaran di dalam kolam kumbahan najis babi di Ipoh seperti yang dilaporkan baru-baru ini. Walaupun telah menyedari perbuatan mereka di ketahui oleh penduduk setempat, namun masih tetap menjalankan operasi mereka seperti biasa. Seolah-olah tiada apa yang salah pada mereka. Mengikut laporan KOSMO, mereka menjadikan ikan keli sebagai agen pembersih sisa najis babi peliharaan mereka ini. Ini bermakna, sumber makanan ikan keli yang utama adalah najis babi dan sisa-sisa dari babi. Pernah suatu ketika dulu, ada kes DNA babi disuntik kedalam ikan keli untuk mempercepatkan proses pembesaran ikan. Menurut kajian, DNA babi ini hanya akan hilang dalam tempoh 7 keturunan ikan tersebut. Hasilnya ikan keli yang asal nya halal dimakan menjadi haram kerana DNA babi pada daging nya.
Umum tahu ada dua binatang yang di haramkan oleh Islam kepada umatnya daripada menyentuh binatang itu, apatah lagi memakannya. Binatang tersebut ialah babi dan anjing (sekiranya bersentuhan ketika keduanya kering maka tidak perlu di samak). Seluruh rakyat malaysia tahu tentang perkara ini. Tetapi bagi golongan kurang ajar ini, mereka lebih mementingkan duit.
Mereka mungkin tiada kesedaran tentang halal haram kepada umat Islam, oleh itu kesucian terhadap rezeki kita telah di nodai golongan Laknatullah ini. Malang nya, umat Islam di negara kita seolah-olah takut untuk bersuara, semua nya senyap seribu bahasa. Dimana sensitiviti kita sebagai umat Islam, menurut alim ulama, sekiranya kita tidak ada perasaan marah dalam diri kita apabila agama kita diperlekehkan, itu menunjukkan yang lemahnya iman dalam diri kita.
Marilah kita bersatu dan bersuara, ajar golongan yang kurang ajar ini, boikot semua produk makanan buatan bukan Islam. Biar mereka tahu kita mahukan kesucian dalam setiap makanan kita. Kepada kerajaan, pihak PBT, pihak berkuasa yang berkaitan, setelah anda di beri amanah oleh rakyat maka jalankan lah amanah itu dengan sebaiknya. Mereka sangat degil kerana ini bukan kes pertama dari kafir laknat ini. Jadi untuk mengajar mereka, tarik lesen perniagaan mereka, penjarakan mereka, senrai hitamkan nama mereka sebagai pencabul kesucian Islam. Jangan bagi mereka terlibat lagi dengan perusahaan bidang makanan. Biar mereka tahu yang perkara ini bukan sembarangan. Bagi umat Islam, mencari yang halal itu adalah wajib. Bahkan jika kita merasa sedikit ragu pun hukumnya telah jatuh haram. Maka apa yang kita boleh buat ?? Mungkin perkara di bawah boleh dipertimbangkan :-
1) Jangan beli apa produk makanan atau hasil pertanian dari yang bukan Islam. Kerana diragui kesucian makanan itu.
Halal adalah berbeza dengan suci, Halalnya sesuatu makanan itu sekadar memberi tahu kita jika kita memakannya, maka kita tidak berdosa. tetapi adakah itu cukup. Sama sekali halalnya sesuatu makanan itu tidak cukup kerana itu adalah syarat yang paling asas dalam Islam. Kita mestilah memastikan makanan yang halal itu adalah suci. Justeru bagaimana kita mengetahui suci ?? Kesucian makanan itu bergantung pada siapa yang menyediakan makanan itu, bagaimana ia dikendalikan, tahap kebersihan tempat makanan itu disimpan.
Cuba kita fikir, seorang bukan Islam menjual ikan atau ayam. Kita tahu ayam atau ikan yang di jual adalah dari sumber yang halal (disembelih mengikut syarak). Lalu dia menyediakan ayam atau ikan itu kepada kita menggunakan tangannya tanpa melapik. Jika dirumah si penjual ini memegang anjing atau babi, dan di kedai mereka menyentuh makanan untuk kita...adakah ini masih dianggap suci oleh kita ?? sanggupkah kita menggunakan makanan yang terkena bekas babi atau anjing. Fikirkanlah saudara ku semua....tanya diri kita..sucikah makanan yang kita makan sebelum ini...jangan kita hanya tahu halal sahaja...suci atau tidak haruslah kita jaga..supaya iman kita tidak terkikis gara-gara rezeki yang syubhah...
Sekali lagi, jika kita sayangkan Islam, jagalah kesuciannya. Perkara paling asas, adalah makanan...namun itulah antara yang terpenting kerana akan menjadi darah daging kita. Makanan yg suci..lahirlah aklak yang murni...pekerti yang mulia...zuriat yang soleh...maka terbentuklah bangsa yang bertamadun, umat yang terbilang. Jika perkara yang paling asas seprti makanan di pandang enteng, bagaimana kita mahu menjadi umat yang terbilang.
Hadis nabi bermaksud : Kelak akan dibakar didalam api neraka (nauzubillah himin zalik) bahagian tubuh manusia yang terbentuk dari rezeki yang haram.
Jelas pada kita sekiranya darah daging kita adalah hasil dari rezeki yang haram, maka bahagian tubuh itu akan dibakar di dalam neraka. Menunjukkan perkara halal haram ini merupakan perkara penting dalam Islam.
KERANA NILA SETITIK..HABIS PUNAH-RANAH PERIUK NASI ORANG...
Ikan keli kena sijil halal
Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRANsaiful.sapran@kosmo.com.my
KERATAN Kosmo! 18 Mei 2009.
KERATAN Kosmo! semalam.
PETALING JAYA - Pengusaha ternakan ikan keli di negara ini perlu mempunyai sijil halal yang sah kerana mereka juga bertindak sebagai pembekal yang memasarkan produk itu kepada pihak lain seperti peruncit.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Datuk Seri Jamil Bidin berkata, walaupun permohonan sijil halal di kalangan penternak ikan tidak diwajibkan namun sebagai pembekal, mereka seharusnya bertanggungjawab mendapatkan sijil berkenaan.
"Sebagai pembekal, mereka mesti ingat kalau mereka tak ada sijil halal, tidak boleh bekalkan sesuatu barang itu kepada para peruncit yang menyediakan bahan-bahan halal," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Kosmo! kelmarin mengenai 10 kolam ternakan ikan keli di Ipoh yang didakwa penduduk dicemari dengan air sisa kumbahan dari ladang ternakan babi berhampiran.
Jamil bagaimanapun memberitahu, pihaknya bersedia untuk melakukan siasatan di tapak 10 kolam ternakan ikan keli tersebut.
Wednesday, April 22, 2009
Kolam Ternakan Ke-2 dan Pengumpulan
Kolam Ternakan Di Batu 16 Rawang

Monday, April 20, 2009
Ikan Keli Segar Dari Kolam
Kami menternak ikan keli didalam kolam konkrit dan kanvas. Sumber makanan ikan adalah 100% daripada pallet yg berasaskan buah-buahan dan sayuran. Hasil dari penjagaan kualiti pemakanan yang teliti dan sumber air semulajadi yang bersih membuatkan hasil ternakan kami mempunyai struktur daging yang lembut dan enak. Hasil kajian juga membuktikan, akibat dari penjagaan makanan yang tinggi proten sayuran menghasilkan minyak omega 3 didalam dagingnya. Oleh yang demikian tekstur dagingnya adalah yang paling sesuai untuk dijadikan bebola ikan atau burger ikan.
Sesiapa yang berminat, boleh mendapatkan bekalan ikan secara runcit atau pukal.
Harga runcit ialah :
Rm5/kg ---> Ikan hidup
Rm6/kg ---> Ikan siap siang dan cuci.
Untuk bekalan secara pukal, Min order adalah 500kg. Harga boleh dirunding
Kepada yang berminat boleh datang terus ke tapak penternakan kami di:
JAZ Agros Farm,
No.4B , Jalan Sepakat, Kampung Melayu, Bt 16
48000 Rawang, Selangor
Atau boleh menghubungi:
013-9595853 -- Zul
017-3208860 -- Arbain
Atau emel kami di
epiez_dal@yahoo.com
Friday, April 17, 2009
PENUBUHAN JAZ AGROS FARM
Jaz Agros Farm ditubuhkan pada 11 Februari 2009 dengan operasi utama dalam penternakan ikan keli secara organik. Hasil perkongsian 3 rakan kongsi dengan modal berbayar sebanyak Rm16 000. Mula menjalankan operasi pada December 2008 dengan kemudahan 10 buah kolam kanvas dan 7 buah kolam konkrit dengan memuatkan 50 000 ekor ikan keli.
Matlamat syarikat adalah untuk menjadi antara pengeluar dan pembekal ikan keli utama di negara secara khususnya, dan menjadi pembekal hasil pertanian utama di negara secara amnya.

